Wednesday, December 3, 2008

Akhirnya dia mengaku jugak....

Orang putih kata "better late than never"! Tapi dalam kes ini aku tak dapat terima perpatah itu. Nak terima macam mana dah terlambat ! nasi bukan setakat jadi buburk,tapi dah hanguih.dah tak boleh nak makan lagi.

Kerana kebodohannya dan keanggkuhannya, ratusan ribu nyawa yang tak berdosa menjadi korban. Ini tak kira yang cedera dan yang kehilangan ahli keluarga lagi. Wang ringgit jangan cakap lagilah Semuanya kerana orang gila ni yang gila nak jadi polis dunia.



Tapi hari ini sekurang-kurangnya dunia dah tahu.Dia dah mengaku yang dia dah buat kesilapan yang amat besar walaupun pengakuannya hanya hadir di hujung pemerintahannya yang akan tamat pada 20 januari ni.



Tulah jangan dok sombong sangat nak jadi polis dunia . Walaupun ada semua peralatan pengitipan yang cangih tapi tak semestinya semuanya betul. Takkan menang sepanjang masa. Dalam filem james bond bolehlah!!!



Waris tokwan harap sangat-sangat janganlah obama ikut cara orang gila ni bila jadi penghuni di white house nanti

Tuesday, December 2, 2008

Mungkin itu caranya ......

Saban hari ada saja berita mengenai politik wang disiarkan di dada akhbar. Semakin dekat tarikh pemilihan semakin banyak berita mengenainya disiarkan. Rimas aku dengarg berita macam ni.Buat memalukan bangsa saja. Aku adala dengarg dari tokwan bukan main banyak lagi jumlah wang yang terlibat. Mana tidaknya ; masing-masing nak cukupkan kuata pencalonan. Itu baru kuata pencalonan, tak masuk lagi bab nak memilih /mengundi siapa !

Kalau tak dicari jalan penyelesaian dari sekarang alamat masa depan negara kita akan terancam. Satu hari nanti munkin negara akan jatuh ke tangan depa yang tidak bertanggung jawab dan tidak amanah.
Jadi aku fikiaq ada baiknya jugak kalau cadangan dari Tan Sri Muhyiddin tu diperhalusi dan disokong. Yalah kalau selama ini masa depan pemimpin negara hanya ditentukan oleh 2500 orang perwakilan saja; aku pikiaq ada lojiknya kalau pemilihan bakal pemimpin negara dipilih secara terbuka oleh pemimpin di peringkat cawangan yang lebih kurang 100,000 orang itu.

Selain dari memenuhi tuntutan demokrasi itu sendiri; mungkin kegiatan lobi melobi ni boleh dikurangkan dan poltik wang boleh dihapuskan.!!!
Yalah sanggupkah depa nak bagi duit kepada lebih 100,000 orang pemimpin di peringkat cawangan

ketuanan melayu....di mana silapnya???

Akhir-akhir ini semakin ramai yang bercakap mengenai ketuanan melayu.Yang bercakap tu pulak bukan calang-calang kedudukanya .Ada presiden parti,timbalan menteri dan yang terbaru ialah seorang timbalan presiden parti.Tapi yang pasti semua mereka dari parti komponen BN sendiri dan berasal dari kaum yang sama!!!!

Apa motif dan agenda mereka sebenarnya? Kenapa isu ini tiba-tiba menjadi tumpuan. Apakah kerana mahu menjadi jaguh dan popular di kalangan kaum sendiri,kepentingan negara ditolak sebelah.Apakah hanya ini satu-satunya cara untuk mendapat sokongan dari ahli-ahli parti!!

Tidakkah mereka sedar,mereka sebenarnya telah menghiris perasaan orang melayu secara keseluruhannya.Siapakah yang harus dipersalahkan sekiranya perasaan orang melayu sudah tidak dapat dikawal?. Wahai pemimpin 2 sekelian ,kawallah tindak tanduk dan tutur kata anda.Anda sepatutnya menjadi contoh kepada pengikut anda bukannya cuba mengapi-apikan mereka.
Jangan biarkan nasi menjadi bubur!!!!

Thursday, November 20, 2008

Terima Kasih Daun Keladi.......

Sepanjang minggu lalurakyat Malaysia tentunya di dalam keadaan amat gembira.Bagi kaki bola mereka sudah tentu berasa gembira dan bangga kerana pasukan bolasepak negara telah meningkat kepada kedudukan 152 berbanding 172 pada satu ketika.


Tetapi yang lebih mengembirakan ialah tindakan kerajaan menurunkan harga petrol dan diesel yang berkuatkuasa pada 19.11.08. Sekadar mengingatkan kita sejak dari ogos lalu sudah 5 kali kerajaan menurunkan harga minyak. Mungkin kerajaan boleh menurunkan sekali lagi hujung bulan ini.


Kerajaan juga telah mengumumkan akan mengurangkan kadar tol mulai tahun depan. Seperti yang dilaporkan oleh berita harian pada 19 november 2008 lalu , pengguna kenderaan Kelas satu yang menggunakan Lebuhraya Utara selatan dan Lebuh Raya Ekspress Lingkaran tengah berpeluang menikmati diskaun dan rebet bayaran tol sehingga 25 peratus, mulai tahun depan

Semua tindakan kerajaan itu menjadi bukti kerajaan BN kita memang perihatin kepada rakyat.
Tidaklah seperti mereka di lima negeri tu ,yang hanya pandai berjanji sahaja

Terima kasih daun keladi kerajaan BN

Wednesday, November 19, 2008

Bolehkah politik wang ditanggani?

Tidak sampai 4 bulan lagi pemilihan di dalam Umno akan berlansung.Kecuali jawatan presiden lain-lain jawatan penting di dalam Umno akan dipertandingkan.Pertandingan juga turut berlaku bagi jawatan Ketua Pemuda.Sementara itu ada kemungkinan jawatan ketua wanita turut dipertandingkan sekiranya tidak ada jalan penyelesaian di antara kedua pihak.
Walaupun pertandingan merebut jawatan-jawatan penting di dalam parti ini tdak salah bahkan merupakan pertanda wujudnya semangat demokrasi yang tinggi di kalangan ahli parti,namun apa yang membimbangkan rakyat keseluruhanya ialah sekiranya wujud politik wang di dalam proses pemilihan ini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi wujudnya politik wang di dalam proses pemilihan kali ini. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri dan laporan -laporan yang telah dibuat kepada BPR.

Adalah menjadi harapan kita supaya jawatankuasa disiplin parti dan BPR dapat mengambil tindakan yang tegas dan pantas bagi mencegah politik wang terus berleluasa menjelang pemilihan pada mac ini.

Kepada para perwakilan diharap dapat melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan penuh kejujuran bagi memilih pemimpin yang benar-benar berkemampuan dan berwibawa serta jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada parti dan orang melayu .Para perwakilan mesti berani dan wajib menolak mereka yang mengamalkan politik wang untuk mendapat tempat kerana mereka ini sebenarnya tidak layakpun digelar sebagai pemimpin.

Sekiranya ketiga-tiga pihak ini dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab;saya yakin dan percaya politik wang ini akan dapat ditangani dan dibenteras demi untuk menjaga maruah bangsa melayu dan politik orang melayu keseluruhannya

Tuesday, November 18, 2008

Terima Kasih Kerajaan.... Tapi peniaga?

Tindakan kerajaan yang telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen berkuatkuasa esok (19hbDis2008 Ahad) cuklup mengembirakan semua rakyat Malaysia.

Sejak dari Ogos lalu, telah lima kali kerajaan mengambil tindakan untuk menurunkan harga minyak.

Telah terbukti kerajaan telah mengotakan janjinya untuk menurunkan harga jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Malangnya, tindakan kerajaan ini kurang mendapat kerjasama dari para peniaga yang seolah-olah memekakkan telinga dengan seruan kerajaan untuk turut menurunkan harga barang seiring dengan penurunan harga petrol dan disel, yang telahpun diturunkan sebanyak 4 kali sebelum ini.

Walaupun kempen penurunan harga barangan giat dijalankan tetapi ianya tidak menyeluruh dan hanya melibatkan produk-produk tertentu sahaja. Sebaliknya apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, para peniaga begitu pantas menaikkan harga barang lebih awal dari tarikh kuatkuasa harga baru minyak.

Kepada peniaga-peniaga, anda perlu realistik dalam mejalankan perniagaan. Jangan hanya tahu mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang semasa kenaikkan harga minyak. Anda juga perlu mengambil langkah menurunkan harga barang seiring dengan penurunan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan.

Kukuh sudahkah politik orang melayu?

Sudah berdekad lamanya orang melayu melalui parti UMNO menjadi tunjang kepada kestabilan politik negara. Malah pemimpin tertinggi UMNO sudah lama diterima menjadi pemimpin tertinggi negara sejak negara mencapai kemerdekaan 51 tahun yang lalu. Apa saja cadangan dari parti UMNO biasanya mendapat sokongan dari parti-parti komponen Barisan Nasional.





Tetapi itu hanyalah nostalgia dan kenangan indah semata.


Kini sudah ada suara dari kalangan parti komponen Barisan Nasional sendiri yang mempersoalkan perkara-perkara dasar yang telahpun dipersetujui bersama sejak lama dahulu- gara-gara keputusan pilihanraya ke-12 lalu yang kurang berpihak kepada kerajaan sehingga lima buah negeri terlepas kepada pembangkang.

Kesan dari keputusan pilihanraya lalu telah menyebabkan ada di kalangan pemimpin BN yang cuba mencari pengaruh di kalangan pengikut masing-masing dengan menyalahkan polisi dan tindakan kerajaan BN khususnya Umno yang menjadi punca kepada kekalahan parti mereka di dalam pilihanraya yang lalu.


Senario ini telah mengundang pelbagai kritikan kepada kerajaan khasnya dari mereka yang berselindung di belakang pertubuhan ngo dan pembangkang.


Orang melayu benar-benar merasa terhina dan tersinggung dengan kritikan-kritikan ini. Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 dan 152, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Agama Islam sebagai agama rasmi, tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya bangsa kita sendiri lemah dan tidak mampu untuk mempastikan perkara-perkara yang telah termaktup itu terlaksana dan dipatuhi.


Marilah kita bersatu untuk memperkasakan diri dan bekerjasama sesama sendiri bagi mengelak dari terus dicemuh dan dipersenda oleh pihak lain.Marilah kita bermuhasabah diri apakah tujuan kita berpolitik.


Tidak guna kita jaguh berpolitik tetapi tidak mampu untuk menyatukan bangsa sendiri. Adalah terlalu malang bagi orang melayu sekiranya dengan terlalu berpolitik akan hanya memecahkan orang melayu sendiri, sehinggakan pihak-pihak lain sering mencabar kita serta sanggup dan berani mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama suci kita yang telahpun diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Contoh yang jelas ialah isu Pengkhid.


Saya yakin perkara ini tidak akan berlaku kalau kita mempunyai kekuatan politik dan saling bersatu padu dikalangan kita.


Kita boleh berbeza fahaman politik tapi demi agama suci, kita tidak mampu berpecah.