Tuesday, December 2, 2008

Mungkin itu caranya ......

Saban hari ada saja berita mengenai politik wang disiarkan di dada akhbar. Semakin dekat tarikh pemilihan semakin banyak berita mengenainya disiarkan. Rimas aku dengarg berita macam ni.Buat memalukan bangsa saja. Aku adala dengarg dari tokwan bukan main banyak lagi jumlah wang yang terlibat. Mana tidaknya ; masing-masing nak cukupkan kuata pencalonan. Itu baru kuata pencalonan, tak masuk lagi bab nak memilih /mengundi siapa !

Kalau tak dicari jalan penyelesaian dari sekarang alamat masa depan negara kita akan terancam. Satu hari nanti munkin negara akan jatuh ke tangan depa yang tidak bertanggung jawab dan tidak amanah.
Jadi aku fikiaq ada baiknya jugak kalau cadangan dari Tan Sri Muhyiddin tu diperhalusi dan disokong. Yalah kalau selama ini masa depan pemimpin negara hanya ditentukan oleh 2500 orang perwakilan saja; aku pikiaq ada lojiknya kalau pemilihan bakal pemimpin negara dipilih secara terbuka oleh pemimpin di peringkat cawangan yang lebih kurang 100,000 orang itu.

Selain dari memenuhi tuntutan demokrasi itu sendiri; mungkin kegiatan lobi melobi ni boleh dikurangkan dan poltik wang boleh dihapuskan.!!!
Yalah sanggupkah depa nak bagi duit kepada lebih 100,000 orang pemimpin di peringkat cawangan

4 comments:

Padamar Seri said...

Politik wang mungkin boleh dikurangkan dengan mengadakan pemilihan UMNO ala-ala Pilihanraya umum dimana semua ahli UMNO dapat mengundi calon masing-masing.

Kalau calon mau bagi rasuahpun, tentunya banyak RM terpaksa ditabur... hah ... modal kena besar tapi belum tentu boleh menang.

Dan lagi, sistem kouta perlu dibuang kerana ia menyekat Pemimpin-pemimpin baru yang jujur dan berkebolehan.

Debat tertutup dikalangan calon juga mungkin boleh membantu, tapi mesti diadakan secara tertutup, hanya untuk orang UMNO ja. Melalui debat ini pastinya perasuah yang tidak berkebolehan atau tiada karisma kepimpinan akan terkapai-kapai. Debat ini juga bertindak sebagai PTK bagi orang politik terutamanya bagi subjek pengucapan awam.

Waris Tokwan said...

waristokwan setuju bebenorlah dengan idea bernas demo tu.mudah-mudahan wabak politik wang akan dapat dibenteras sepenuhnya

RANDAVI said...
This comment has been removed by the author.
RANDAVI said...

Ya waristokwan, saya juga rimas mendengar politik wang berlaku setiap kali pemilihan parti, tak kira parti apapun, semua amal rasuh. Macam ini tak baik kerana hanya orang yang ada banyak duit yang akan naik walaupun dari segi kualiti diri kurang baik.Malah ada yang sebenar tak berduit sangat tapi berani pinjam duit dari bank untuk merasuah perwakilan. Sebaliknya pula orang yang kualitinya baik, berpengetahuan, baik hati dan trampil, tidak naik kerana tidak memiliki banyak duit.
Itu sebabnya rasuah tidak dapat dihapuskan kerana pihak awam dan swasta melihat rasuah itu menjadi satu amalan dan pihak yang berada di tempat penting dalam institusi negara juga berjaya sampai di tempat itu melalui rasuah.Kan pepatah ada berkata:"Guru kencing berdiri murid kencing berlari". Oklah Waris Tokwan, nanti kita bicara lagi.