Wednesday, November 19, 2008

Bolehkah politik wang ditanggani?

Tidak sampai 4 bulan lagi pemilihan di dalam Umno akan berlansung.Kecuali jawatan presiden lain-lain jawatan penting di dalam Umno akan dipertandingkan.Pertandingan juga turut berlaku bagi jawatan Ketua Pemuda.Sementara itu ada kemungkinan jawatan ketua wanita turut dipertandingkan sekiranya tidak ada jalan penyelesaian di antara kedua pihak.
Walaupun pertandingan merebut jawatan-jawatan penting di dalam parti ini tdak salah bahkan merupakan pertanda wujudnya semangat demokrasi yang tinggi di kalangan ahli parti,namun apa yang membimbangkan rakyat keseluruhanya ialah sekiranya wujud politik wang di dalam proses pemilihan ini.

Memang tidak dapat dinafikan lagi wujudnya politik wang di dalam proses pemilihan kali ini. Ini berdasarkan kepada kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin Umno sendiri dan laporan -laporan yang telah dibuat kepada BPR.

Adalah menjadi harapan kita supaya jawatankuasa disiplin parti dan BPR dapat mengambil tindakan yang tegas dan pantas bagi mencegah politik wang terus berleluasa menjelang pemilihan pada mac ini.

Kepada para perwakilan diharap dapat melaksanakan tanggung jawab yang diamanahkan dengan penuh kejujuran bagi memilih pemimpin yang benar-benar berkemampuan dan berwibawa serta jujur dan ikhlas untuk berkhidmat kepada parti dan orang melayu .Para perwakilan mesti berani dan wajib menolak mereka yang mengamalkan politik wang untuk mendapat tempat kerana mereka ini sebenarnya tidak layakpun digelar sebagai pemimpin.

Sekiranya ketiga-tiga pihak ini dapat menjalankan amanah yang diberikan dengan penuh tanggungjawab;saya yakin dan percaya politik wang ini akan dapat ditangani dan dibenteras demi untuk menjaga maruah bangsa melayu dan politik orang melayu keseluruhannya

No comments: