Tuesday, November 18, 2008

Terima Kasih Kerajaan.... Tapi peniaga?

Tindakan kerajaan yang telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen berkuatkuasa esok (19hbDis2008 Ahad) cuklup mengembirakan semua rakyat Malaysia.

Sejak dari Ogos lalu, telah lima kali kerajaan mengambil tindakan untuk menurunkan harga minyak.

Telah terbukti kerajaan telah mengotakan janjinya untuk menurunkan harga jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Malangnya, tindakan kerajaan ini kurang mendapat kerjasama dari para peniaga yang seolah-olah memekakkan telinga dengan seruan kerajaan untuk turut menurunkan harga barang seiring dengan penurunan harga petrol dan disel, yang telahpun diturunkan sebanyak 4 kali sebelum ini.

Walaupun kempen penurunan harga barangan giat dijalankan tetapi ianya tidak menyeluruh dan hanya melibatkan produk-produk tertentu sahaja. Sebaliknya apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, para peniaga begitu pantas menaikkan harga barang lebih awal dari tarikh kuatkuasa harga baru minyak.

Kepada peniaga-peniaga, anda perlu realistik dalam mejalankan perniagaan. Jangan hanya tahu mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang semasa kenaikkan harga minyak. Anda juga perlu mengambil langkah menurunkan harga barang seiring dengan penurunan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan.

2 comments:

GC said...

Tuan, satu cara untuk desak mereka turunkan harga pakat ramai-ramai boikot kedai mereka.

Urang Kita said...

tuan, saya setuju betul dengan gregchai. jangan kita makan dikedai makan lagi bawa bekal dari rumah. biar itu peniaga gulung tikar atau kasi turun itu harga barang dan makan.