Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Tuesday, November 18, 2008

Terima Kasih Kerajaan.... Tapi peniaga?

Tindakan kerajaan yang telah menurunkan harga minyak sebanyak 15 sen berkuatkuasa esok (19hbDis2008 Ahad) cuklup mengembirakan semua rakyat Malaysia.

Sejak dari Ogos lalu, telah lima kali kerajaan mengambil tindakan untuk menurunkan harga minyak.

Telah terbukti kerajaan telah mengotakan janjinya untuk menurunkan harga jika ada penurunan dalam pasaran dunia.

Malangnya, tindakan kerajaan ini kurang mendapat kerjasama dari para peniaga yang seolah-olah memekakkan telinga dengan seruan kerajaan untuk turut menurunkan harga barang seiring dengan penurunan harga petrol dan disel, yang telahpun diturunkan sebanyak 4 kali sebelum ini.

Walaupun kempen penurunan harga barangan giat dijalankan tetapi ianya tidak menyeluruh dan hanya melibatkan produk-produk tertentu sahaja. Sebaliknya apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga minyak, para peniaga begitu pantas menaikkan harga barang lebih awal dari tarikh kuatkuasa harga baru minyak.

Kepada peniaga-peniaga, anda perlu realistik dalam mejalankan perniagaan. Jangan hanya tahu mengambil kesempatan untuk menaikkan harga barang semasa kenaikkan harga minyak. Anda juga perlu mengambil langkah menurunkan harga barang seiring dengan penurunan harga minyak yang diumumkan oleh kerajaan.

Kukuh sudahkah politik orang melayu?

Sudah berdekad lamanya orang melayu melalui parti UMNO menjadi tunjang kepada kestabilan politik negara. Malah pemimpin tertinggi UMNO sudah lama diterima menjadi pemimpin tertinggi negara sejak negara mencapai kemerdekaan 51 tahun yang lalu. Apa saja cadangan dari parti UMNO biasanya mendapat sokongan dari parti-parti komponen Barisan Nasional.





Tetapi itu hanyalah nostalgia dan kenangan indah semata.


Kini sudah ada suara dari kalangan parti komponen Barisan Nasional sendiri yang mempersoalkan perkara-perkara dasar yang telahpun dipersetujui bersama sejak lama dahulu- gara-gara keputusan pilihanraya ke-12 lalu yang kurang berpihak kepada kerajaan sehingga lima buah negeri terlepas kepada pembangkang.

Kesan dari keputusan pilihanraya lalu telah menyebabkan ada di kalangan pemimpin BN yang cuba mencari pengaruh di kalangan pengikut masing-masing dengan menyalahkan polisi dan tindakan kerajaan BN khususnya Umno yang menjadi punca kepada kekalahan parti mereka di dalam pilihanraya yang lalu.


Senario ini telah mengundang pelbagai kritikan kepada kerajaan khasnya dari mereka yang berselindung di belakang pertubuhan ngo dan pembangkang.


Orang melayu benar-benar merasa terhina dan tersinggung dengan kritikan-kritikan ini. Setakat mempunyai hak-hak keistimewaan seperti yang diperuntukan dalam Perkara 153 dan 152, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan Agama Islam sebagai agama rasmi, tidak akan membawa apa-apa makna sekiranya bangsa kita sendiri lemah dan tidak mampu untuk mempastikan perkara-perkara yang telah termaktup itu terlaksana dan dipatuhi.


Marilah kita bersatu untuk memperkasakan diri dan bekerjasama sesama sendiri bagi mengelak dari terus dicemuh dan dipersenda oleh pihak lain.Marilah kita bermuhasabah diri apakah tujuan kita berpolitik.


Tidak guna kita jaguh berpolitik tetapi tidak mampu untuk menyatukan bangsa sendiri. Adalah terlalu malang bagi orang melayu sekiranya dengan terlalu berpolitik akan hanya memecahkan orang melayu sendiri, sehinggakan pihak-pihak lain sering mencabar kita serta sanggup dan berani mempersoalkan perkara-perkara yang berkaitan dengan agama suci kita yang telahpun diputuskan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Contoh yang jelas ialah isu Pengkhid.


Saya yakin perkara ini tidak akan berlaku kalau kita mempunyai kekuatan politik dan saling bersatu padu dikalangan kita.


Kita boleh berbeza fahaman politik tapi demi agama suci, kita tidak mampu berpecah.